Iklan, politik dan agama
Iklan politik bersaiz satu halaman besar yang dipamerkan dalam akhbar arus perdana berbahasa Melayu seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia menunjukkan pemangku presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi, sedang berdoa. Di atas kepalanya terbentang kata-kata berikut: “Kepadamu Ya Allah, hambaMu ini memohon petunjuk dan hidayah, kekuatan dan kecekalan, kesabaran dan kesungguhan.”
Iklan ini tidak muncul dalam akhbar berbahasa Inggeris, menandakan kumpulan yang disasarkan oleh iklan dan BN ialah rata-rata orang Melayu dan orang Islam. Iklan ini juga membayangkan respons Umno berunsur agama terhadap pendekatan – yang tidak kurang unsur agamanya – yang digunakan oleh parti pembangkang, khususnya PAS dalam pertandingan sengit untuk menambat hati orang Melayu dan orang Islam.
Manakala pengunjung blog ini Zhang mengulas: "Taktik kempen ini berdasarkan kepada prinsip ‘fight fire with fire’ atau lawan api dengan menggunakan api. Hanya pendekatan ini lebih berbijak dan bersifat lebih halus, oleh kerana menunjukkan kepercayaan, kepatuhan dan kerendahan hati beliau kepada Allah, tanpa membuat janjian yang terlampau liar seperti yang dijanjikan oleh PAS dalam isu ‘ticket to heaven’, atau memerlukan tuduhan agresif dan kejam bahawa ahli-ahli parti lain adalah kafir.
"Memang pendekatan begitu mencerminkan ciri-ciri Abdullah Badawi."

0 Comments:
Post a Comment
<< Home