16 April 2004

Key reformasi website hacked; incriminating falsehoods inserted

A prominent reformasi website, Black 14 (www.black14.net), has complained that its website has been hacked. The anonymous site, which is encouraging Malaysians to gather at Suhakam on Apr 17, said that information that was damaging to the reformasi movement's image, had been inserted into the site, including false statements urging people to bring along arms. Its archive files, covering a period of five years, were also irretrievably damaged by virus.

This is an extract from the Black 14 press release, which has been circulating via e-mail:

PENAFIAN LAMAN BLACK14.NET

Kami dengan ini mengumumkan bahawa laman kami telah di godam / hack dengan memasukkan beberapa masej yang memberikan imej buruk kepada laman ini, perhimpunan black14 dan gerakan reformasi secara amnya.

Perkara ini telah berlaku selama dua hari. Kami amat menyesali perkara ini. Malah kejadian ini telah diambil kesempatan oleh beberapa media untuk terus memburukkan lagi imej gerakan rakyat ini.

Kata laluan laman telah disalin secara sulit dan ditukar. Server kami dimasuki. Setelah menyedari perkara ini kami berusaha mendapatkan semula password kami melalui pengendali server yang berpusat di luar negara. Alamat email kami yang tertera dilaman tersebut sepatutnya b_lack14@yahoo.com juga telah ditukar.

Selepas itu lebih malang lagi kami terpaksa memadamkan kesemua simpanan fail dalam server kerana fail – fail tersebut telah dimasukkan virus. Arkib yang dibina selama lebih 5 tahun ini hilang begitu sahaja.

Kami memohon maaf dan bertanggungjawab penuh diatas kejadian tersebut. Kami dengan ini menafikan sekeras- kerasnya bahawa kami terlibat dalam mengarahkan senjata dibawa dalam perhimpunan aman pada 17 April ini. Rakyat diminta tidak tertipu dengan cubaan mengelirukan rakyat ini.

Kami sedang berkerja keras menyiapkan semula laman dengan mempertingkatkan sistem keselamatan. Laman akan beroperasi semula selewat – lewatnya jam 9.00 malam ini.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home