26 February 2008

Penyokong MIC keluar parti; ada calon bebas di kalangan mereka

Rasa tidak puas hati dengan senarai calon dari parti MIC mendorong sekumpulan 108 ahli keluar parti di Klang. Menurut akhbar Malaysia Nanban pada Sabtu, 23 Februari, ada di kalangan ahli parti yang tidak bersetuju dengan pencalonan Kamala Ganapathy dan S Vigneswaran untuk bertanding kerusi DUN Seri Andalas dan parlimen Kota Raja masing-masing.


Ketua pemuda kongres MIC S Letchuman berkata Kamala Ganapathy tidak melakukan sebarang kebaikan untuk pengundinya, malah hanya mengutamakan statusnya sendiri. Minggu lepas, kedua-dua akhbar yang dipantau melaporkan ada ahli parti MIC yang akan bertanding sebagai calon bebas kerana kesal dengan pilihan presiden S Samy Vellu. Selepas pencalonan ditutup, seorang bekas ahli MIC, Ulaganathan Ramasamy bertanding sebagai calon bebas di Perai, Penang untuk menentang calon BN dari MIC L Krishnan. Kerusi DUN ini turut ditandingi oleh wakil DAP P. Ramasamy. Lagi satu kerusi yang menampakkan pertandingan tiga penjuru yang mungkin disebabkan oleh kekesalan dengan MIC ialah kerusi DUN Port Dickson apabila calon bebas Jeeva Kumar Marimuthu menandingi calon MIC yang juga penyandang T Rajagopalu dan calon PKR Ravi Munusamy.


Selain itu, penyokong Parti Gerakan juga tidak berpuas hati dengan kenyataan pemangku presiden parti Koh Tsu Koon yang menyatakan minggu lepas mereka tidak mempunyai calon India yang berkebolehan. Parti tersebut hanya memilih calon Cina untuk kerusi-kerusi yang ditandingi. Nampaknya ramai tidak suka dengan bakal calon yang dipilih dan diramalkan kemungkinan berlaku perubahan dalam undian. Dalam kenytaan media, Koh berkata walaupun terdapat calon India yang berkebolehan tetapi mereka bukan berada di kawasan di mana parti itu diberikan kerusi.


Makkal Osai pada 23 Februari pula melaporkan di mukasurat 1 dan13 tentang laporan polis orang ramai di Lunas, Kedah dan menghantar laporan kepada presiden MIC kerana tidak bersetuju dengan calon yang dinamakan iaitu S Ananthan. Menurut mereka, Ananthan dan kawan-kawannya pernah ditahan oleh polis pada tahun 2004 dan dilepaskan dengan amaran. Menurut akhbar itu, Ananthan, yang pernah gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, telah menggunakan sijil-sijil palsu bagi melanjutkan pelajaran di universiti.


Selepas membuat pengumuman senarai calon MIC minggu lepas, Samy Vellu terpaksa menggugurkan calon Tenggaroh, Johor, M Sooriyanarayanan kerana dia di bawah siasatan Badan Pencegah Rasuah. Wujud persoalan sama ada parti itu menggunakan kriteria yang ketat untuk meneliti latarbelakang individu sebelum memilih mereka sebagai calon MIC.


Di samping itu, Makkal Osai mula memberi lebih perhatian kepada isu-isu pro pembangkang di mana ia telah menerbitkan 52 peratus berita pro pembangkang dan 48 peratus berita pro-BN.

1 Comments:

At 11:17 AM , Blogger Wormie said...

Dalam pilihanraya yang akan datang ini, yang paling ketara ialah cara ahli-ahli yang ditampilkan. Nampaknya tiada kriteria yang tentu dalam pemilihan ahli-ahli. Ini bukan sahaja berlaku di BN tetapi dalam parti pembangkang juga. Di Perlis, umpamanya, MB perlu jumpa dengan PM beberapa kali sebelum beliau dapat mempertahankan kerusi beliau. Ini serangkap dengan 'ungutan' penyokong-penyokong beliau untuk keluar parti.

Jikak ini cara pemilihan ahli-ahli untuk bertanding, macam manalah rakyat boleh menentukan kecekapan ahli-ahli tersebut.

 

Post a Comment

<< Home