Individu dari parti politik mahu akhbar ditutup
Individu dalam parti politik adalah antara cabaran kepada wartawan dan media di mana pemimpin-pemimpin yang tidak suka dengan pelaporan berita mahukan suratkhabar ditutup.
Itulah “saranan” Setiausaha Bahagian MIC Durian Tunggal di Alor Gajah, Rajen yang berkata ketiga-ketiga akhbar Tamil patut ditutup selama enam bulan kerana melaporkan berita palsu. Dengan penutupan ini, maka masyarakat India akan sedar tentang diri mereka dan akan menjadi rakyat yang lebih berguna. Menurut Rajen, yang dipetik oleh akhbar Malaysia Nanban (muka depan) dan Makkal Osai (muka 3) pada Mac, hanya akhbar Melayu, Inggeris dan Cina yang melaporkan kebenaran.
Rajen sememangnya mencontohi presiden parti S Samy Vellu yang banyak memberi tekanan terhadap kedua-dua akhbar secara langsung dan tidak langsung. Antara isu yang didedahkan oleh akhbar-akhbar ini yang tidak menyenangkan Samy Vellu adalah kisah Maika Holdings, kematian artis Sujatha yang disyaki berkaitan dengan anak Samy Vellu, masalah sekolah Tamil dan penyelewengan dalam MIC. Beberapa orang wartawan pernah diancam oleh individu yang berkait dengan MIC atau yang tidak senang dengan isu yang dibangkitkan.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas, CIJ lebih daripada 60 peratus berita di Makkal Osai dan Malaysia Nanban adalah berita pro-BN, terutamanya MIC. Malah, dalam minggu terakhir sebelum hari pengundian, peratusan berita mengenai pilihanraya yang pro-BN melebihi 80 peratus. Sekiranya terdapat rasa tidak puas hati dengan laporan, langkah yang perlu diambil ialah menhubungi akhbar berkenaan dan cuba mendapatkan pembetulan jika terdapat kesilapan fakta. Tindakan meminta akhbar ditutup amat tidak demokratik dan hanya memberikan ruang kepada jentera parti BN untuk membuli akhbar yang kritikal terhadapnya.
Di manakah kebebasan media di Malaysia? Adakah media tidak bebas untuk menerbitkan kebenaran dan penyelewengan yang berlaku di Malaysia?

2 Comments:
Apa pasal mahu tutup akhbar...
Sebab mereka telah memaparkan perkara benar ke...
Ahli MIC tidak perlu menutup lagi perkara2 tersebut.....
Kami bukan golongan senior yang boleh di mainkan oleh ahli MIC...
Kami generasi baru fikiran kami terluas... Apa yang berlaku sekarang adalah permulaan.....
Kami maju bukan kerana MIC ...
Valga Makkal Sakthi
Prakash Cheliah
Dey! Minteri... apasal mau tutup. Skarang, apa suda jadi?
Dey! Dlm masa 5 taun ni, u buka kompeni suratkabar sindiri la. cakap apa saja u mau cakap la. sebab sebulum ini u sekat orang cakap. u ingat mulut orang senang mau tutup ka. good night la minteri.
Post a Comment
<< Home