Coalition Against Health Care Privatisation

16 September 2005

Coalition worried about health insurance scheme

The following is a letter sent to the Health Minister expressing concern over the proposed national health insurance scheme and asking for a dialogue:


Gabungan Membantah Pengswastaan Di Bidang Kesihatan
d/a 2A Jln Sitiawan
Lim Gardens
30100 Ipoh, Perak DR.

8 Mac 2005

Kepada
YB Datuk Chua Soi Lek
Menteri Kesihatan Malaysia,
Putrajaya.


Per: Permohonan Tarikh Berbincang Dengan YB Menteri Kesihatan

Terlebih dahulu kami, gabungan 81 NGO, Kesatuan Pekerja dan Parti Poltik yang telah menyerahkan memorandum bertajuk “Hentikan Pengswastaan Dispensari di Hospital Kerajaan” kepada YB pada 23 Disember 2004, ingin mengucap terima kasih atas kesudian YB berjumpa dengan kami pada hari tersebut dan mendengar pandangan kami mengenai dispensari swasta di hospital kerajaan.

Dalam perbincangan kami pada 23 Disember 2004, Datuk Chua juga telah mengatakan YB sedia berjumpa kami jika kami ada isu-isu berkaitan dengan kesihatan yang kami ingin berbincang dengan Menteri Kesihatan.

Mengikut surat khabar NST 16 Disember 2004, Kerajaan Malaysia sedang bercadang melaksanakan Skim Tabung Kesihatan Kebangsaan (National Health Financing Scheme) dan bahawa perkara ini telah perolehi sokongan YAB Perdana Menteri. Adalah ramai antara kami yang khuatir kesihatan orang awam akan dijejas oleh pemindahan ini.

Oleh itu kami ingin memohon suatu tarikh awal untuk berjumpa dan berbincang ciri-ciri skim Tabung Kesihatan ini dengan YB

Terima kasih.

Yang Benar

Jeyakumar Devaraj
Setiausaha Gabungan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home