Coalition Against Health Care Privatisation

06 October 2005

Devil is in the details, Health Ministry told

In response to Health Ministry Director-General Ismail Merican’s letter dated 30 March 2005, the Coalition sought further clarification from the Ministry on 4 May 2005.

The Coalition said it was pleased to hear that the new financing scheme was aimed at improving the accessibility and equitability of high quality, efficient health services for the people. But it said the Ministry's track record - especially in the the privatisation of health care in the country over the last 20 years - does not exactly inspire confidence. The introduction of private hospitals in the 1980s sparked an exodus of doctors and specialists from the public sector while the ill-conceived privatisation of certain sectors of the public health care system in the 1990s led to spiralling costs. The public is now being asked to share these higher costs through the introduction of the new health care financing scheme.

In particular, the Coalition posed the following questions to the Ministry:

How much will a worker earning RM1,000 have to pay in monthly contributions?

What will be the cut-off point (in monthly income) below which workers will be exempted from making contributions to the health fund?

Will workers who are given full government subsidies be entitled to the same treatment package as those (earning higher salaries) who make full contributions to the health fund? Will they have equal access to treatment?

Will those given full subsidies be entitled to go to private hospitals?

Will this new financing scheme reduce the income disparities between doctors in the private sector and those in state-run hospitals? How? (If income disparities are not reduced - and the market for the private sector is broadened by this new scheme - more government doctors will quit and the general hospitals will be further weakened!)

Will the system of payments to doctors be based on the procedures and surgeries that they carry out?

What kind of safeguards will there be to ensure that the fund is not abused to procure certain services from private firms at prices that are detrimental to the people (and profitable for those select firms)?


The Coalition said it understood that the Health Ministry had produced a comprehensive working paper on the National Health Insurance Scheme and requested a copy. It ended the letter by requesting an appointment (for a discussion) within two weeks.

The following is the actual letter sent to the Ministry:

Gabungan Membantah Pengswastaan Perkhidmatan Kesihatan
d/a 2A Jln Sitiawan, Lim Gardens
30100 Ipoh, Perak DR.

4 Mei 2005

DENGAN TANGAN

Kepada
Datuk Dr Hj Mohd Ismail Merican
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia.

dan

YB Datuk Chua Soi Lek
Menteri Kesihatan Malaysia.


Permohonan tarikh berbincang dengan YB Menteri Kesihatan

Kami ingin mengucap terimakasih pada Datuk Dr Ismail Merican kerana membalas surat kami bertarikh 8 Mac 2005. Kami gembira membaca dalam surat Datuk bertarikh 30 Mac 2005 bahawa objektif Tabung Pembiayaan Penjagaan Kesihatan adalah “untuk memperbaiki aksesibiliti dan ekuiti rakyat terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyeluruh, bermutu tinggi efisyen dan bersepadu”.

Perkara yang masih membimbangkan kami ialah dalam sejarah perkembangan sistem kesihatan di Malaysia, beberapa keputusan yang melemahkan sistem kesihatan umum serta merugikan dan menyusahkan rakyat telah pun dilaksanakan. Tetapi tiap keputusan ini yang merugikan rakyat telah dikemukakan pada negara sebagai suatu cadangan yang akan memperkukuhkan sistem kesihatan dan menguntungkan rakyat.

Satu contoh adalah keputusan dalam tahun 1980an untuk membenarkan syarikat swasta bersifat komercial untuk membuka hospital swasta. Sampai itu hanya badan-badan kebajikan (non-profit organizations) yang dibenarkan menjalankan Hospital Swasta. Pada takat itu, kami, rakyat Malaysia diberitahu oleh kerajaan bahawa keputusan ini akan membantu lapisan sederhana dan miskin kerana jika orang kaya pergi ke hospital swasta, pakar-pakar di hospital awam dapat lebih masa untuk jaga lapisan-lapisan sederhana dan miskin.

Sekarang, selepas 25 tahun, kita semua sedar bahawa keputusan membenarkan hospital swasta telah melemahkan hospital awam kerana pendapatan yang jauh lebih tinggi di sektor swasta telah menyebabkan “brain drain” hingga sekarang hanya 25 peratus daripada pakar di negara ini masih berkhidmat di hospital awam (yang masih merawat 75 peratus daripada semua pesakit dalam). Inilah punca utama untuk beberpa kelemahan dalam hospital-hospital awam.

Suatu lagi contoh adalah keputusan untuk mengswastakan beberapa bahagian sistem kesihatan awam – termasuk Bahagian Membeli Ubat (1993) dan lima Perkhidmatan Sokongan (1997). Bila ide ini dikemukakan pada negara, alasannya adalah syarikat swasta adalah lebih efisyen dan akan menyelamatkan wang kerajaan yang boleh diguna untuk membantu rakyat dalam cara-cara lain. Tetapi sebaliknya, perbelanjaan hospital-hospital awam telah berlipat ganda manakala syarikat yang menerima kontrak pengswastaan mencatitkan keuntungan lumayan. Sekarang kerajaan ingin berkongsi kos tinggi ini dengan rakyat melalui tabung kesihatan baru.

Mungkin pihak Kementerian tidak berjangka kesan-kesan buruk yang telah menimbul daripada kedua-dua keputusan di atas. Tetapi ini hanya menggariskan betapa pentingnya untuk Kementerian memberitahu rakyat secara terpirinci apakah perubahan baru yang dicadangkan oleh kerajaan dalam sistem pembiayaan kesihatan, termasuk “operational details” dan memberi masa dan ruang yang mencukupi untuk mendapat maklumbalas dan input daripada rakyat.

Antara perkara yang kami ingin tahu adalah –

1. Berapakah kuantum bayaran sebulan untuk seorang pekerja dengan gaji
RM1,000?

2. Apakah “cut-off point” (gaji bulanan) di bawah mana pekerja berkenaan tidak dikenakan bayaran kepada tabung kesihatan?

3. Adakah pekerja yang diberi subsidi penuh oleh kerajaan dapat pakej rawatan yang sama dengan seorang pekerja bergaji tinggi yang menyumbang secara penuh pada tabung kesihatan ini? Adakah akses seorang yang menerima subsidi penuh ke pakar sama dengan mereka yang bayar penuh?

4. Dapatkah orang yang diberi susidi penuh berhak pergi ke Hospital swasta?

5. Adakah sistem pembiayaan baru ini mengurangkan perbezaan pendapatan antara doktor di sektor swasta dan doktor di hospital awam? Bagaimana? (Jika tidak, dan pasaran untuk sektor swasta diperluaskan oleh skim ini, lebih ramai doktor kerajaan akan meletak jawatan, dan hospital awam akan dilemahkan lebih lagi!)

6. Adakah sistem bayaran pada doktor diasaskan atas prosedur dan pembedahan yang dibekal oleh doktor itu?

7. Apakah “safeguard”nya untuk memastikan tabung ini tidak disalahguna untuk membeli perkhidmatan tertentu daripada syarikat-syarikat swasta dengan harga yang merugikan rakyat (dan menguntungkan syarikat terlibat)?

Kami percaya perkara-perkara yang dikemukakan di atas adalah amat penting. Kami mahu suatu sessi dialog dengan Datuk Ketua Pengarah dan YB Menteri Kesihatan untuk membincang isu-isu ini.

Kami juga difahamkan bahawa Kementerian Kesihatan telah menyediakan satu kertas kerja lengkap mengenai Skim Insurans Kesihatan Kebangsaan. Kami memohon suatu salinannya supaya dapat memaham skim insurans ini dengan lebih dalam dan dapat memberikan maklumbalas terhadapnya.

Oleh kerana kerangka waktu untuk melaksanakan tabung ini adalah beberapa bulan sahaja, kami memohon supaya tarikh perbincangan dengan kami yang terdiri daripada 81 buah NGO, Kesatuan dan Parti ditetapkan dalam lingkungan dua minggu dari tarikh surat ini.

Terimakasih.

Yang benar

Jeyakumar Devaraj
Setiausaha Gabungan


SK:
Dato Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia
81 NGO, Kesatuan dan Parti

0 Comments:

Post a Comment

<< Home