Coalition Against Health Care Privatisation

15 March 2006

Coalition raises host of questions at dialogue with Health Ministry

We need some answers now. The Coalition raised three main areas of concern during its dialogue session with the Ministry on 14 March 2006: the "full-paying" patients proposal, the secrecy over the identity of the consultants hired to design the blueprint for the proposed national health care financing mechanism, and the proposal to get migrant workers to pay much higher private sector medical fees for treatment in government hospitals.

Dialogue session between the Coalition (GMPPK) and Health Ministry director general Dr Ismail Merican

14 March 2006

Terlebih dahulu, kami, Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) ingin mengucap terima kasih atas kesudian Yg Bahagia Datuk meluangkan masa berjumpa dengan kami untuk membincang beberapa perkara penting berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan awam.

Antara perkara yang kami ingin membawa ke sessi dialog ini adalah

  1. Cadangan ‘Full Paying Patients”.

  2. Pakar Perunding untuk Skim Pembiayaan Kesihatan Baru.

  1. Caj mengikut kadar swasta untuk pekerja asing.

Cadangan Full Paying Patients

Surat khabar NST 8 Januari 2006 melaporkan bahawa KP Kesihatan telah mengumumkan bahawa “specialists will provide private treatment after working hours at the Putrajaya and Selayang Hospitals by March “ dan “the scheme will be extended to all hospitals with specialists based on the outcome of a six-month trial period”

Pengumuman lanjutan oleh Yg Bahagia Dato yang dilapor dalam NST 23 Januari 2006 berbunyi “it will help provide better incentives and remuneration for our specialists …” dan “the full-paying patients will be attended to during normal hospital operational hours or extended hours if needed . ..

Keratan akhbar berkaitan adalah disertakan sebagai Appendix I.

Kami, GMPPK, khuatir cadangan “Full Paying Patients “ ini akan menjejaskan kualiti rawatan untuk pesakit biasa. Rationale kami untuk mengatakan ini adalah seperti

berikut–

  1. Pada masa ini hanya 30% daripada doktor pakar di Malaysia berkhidmat di hospital-hospital kerajaan, dan beban kerja mereka adalah terlalu berat kerana 70% in-patient di Malaysia masih dirawat di Hospital-Hospital Kerajaan. Selain daripada beban klinikal ini, doktor pakar kerajaan ditugaskan membimbing dan melatih doktor siswazah dan juga doktor yang sedang berlatih menjadi pakar, selain daripada kerja-kerja pemantauan lain. Pada takat ini mereka tidak ada cukup masa untuk menjaga semua pesakit dengan baik.

  1. Perlaksanaan skim wad swasta di Hospital Universiti dan UKM Cheras sejak tahun 1998 telah menjejaskan kualiti rawatan pesakit biasa dan juga pengajaran pelajar perubatan.

  1. Wujudnya kemungkinan penyelewengan seperti meminta pesakit menjadi “full-paying” jika mahu dapat awatan segera dll akan berlaku

Kami, GMPPK, beranggap sistem kesihatan awam negara kita adalah suatu asset yang amat penting pada rakyat dan harus dipelihara dan dikekalkan. GMPPK setuju pendapatan doctor kerajaan harus ditingkatkan, tetapi cadangan mewujudkan rawatan swasta di bawah nama “Full-Paying Patient” bukan kaedah yang baik.

Syor GMPPK:

    • batalkan cadangan “Full-Paying Patient”

    • menubuhkan Komisyen Perkhidmatan (Service Commission) berasingan untuk kakitangan kesihatan supaya gaji dan elaun doctor dan kakitangan kesihatan lain boleh ditingkatkan.

Pakar Perunding untuk Skim Pembiayaan Kesihatan Baru

Pihak GMPPK telah mengemukakan beberapa soalan pada Menteri Kesihatan terhadap bentuknya Skim Pembiayaan Kesihatan Baru melalui surat-surat kami bertarikh 4 Mei 2005 dan 21 Jun 2006. (Sila rujuk Appendix II) Antara soalan yang dikemukakan adalah

  1. Apakah kuantum bayaran untuk seorang yang berpendapatan RM 1000 sebulan?

  1. Apakah “cut-off point” di bawah mana pekerja berkenaan tidak dikenakan bayaran pada tabung kesihatan?

  1. Adakah rawatan seperti pembedahan cataract, coronary angiogram, hemodialysis dan rawatan untuk leukaemia diliputi oleh “essential health package”?

  1. Adakah ahli untuk”National Health Advisory Council” dipilih oleh orang ramai atau dilantik sahja oleh Menteri?

Jawapan yang diberi untuk soalan-soalan ini adalah kerajaan sedang menunggu kajian dan nasihat Pakar Perunding. YB Menteri Kesihatan telah mengumumkan di surat khabar (The Star, 26 April 2005) bahawa kerajaan akan menetapkan pakar perunding terhadap Skim Pembiayaan Kesihatan Baru ini. Surat pihak EPU bertarikh 24 Januari 2006 menyatakan Pakar Perunding telahpun dikenalpasti dan akan memulakan kerja beliau pada bulan Februari 2006. (Appendix II) Dr Chua telah memberitahu para wartawan pada 14 Disember 2005 bahawa “The details are being determined by the expert, who will study all the implications.”

Kami ingin tahu

    1. Siapakah pakar perunding yang dilantik? Sudahkah beliau mula tinjauan beliau?

    1. Adakah terma rujukan beliau mewajipkan beliau berjumpa dan mendapat ide dan maklumbalas kumpulan NGO, dll kumpulan masyarakat supaya dapat mengambilkira pandangan kami sebelum memberi keputusan beliau? Bolehkah GMPPK dapat tarikh berjumpa dengannya?

    1. Adakah cadangan untuk memberitahu keputusan pakar perunding ini supaya orang ramai dapat memberi maklumbalas sebelum kerajaan buat keputusan muktamad terhadap bentuk skim pembiayaan baru?

Pada kami, GMPPK, adalah amat penting untuk memperkukuhkan sistem kesihatan awam, dan segala aspek Skim Pembiayaan Baru harus memelihara sistem kesihatan awam. Pandangan GMPPK mengenai sistem pembiayaan kesihatan adalah terkandung dalam laporan bertajuk “The People’s Alternative” dan sesalinannya adalah disertakan sebagai Appendix III. Kami harap dapat sempatan membincang aspek-aspek Alternatif ini dengan Pakar Perunding dan juga dengan pihak Kementerian Kesihatan.


Caj mengikut kadar swasta untuk pekerja asing.

Menteri Kesihatan, YB Dr Chua Soi Lek telah membuat pengumuman akhbar pada 22 Oktober 2005 bahawa semua pesakit asing, termasuk pekerja asing, akan dikenakan caj mengikut kadar yang diamalkan di sektor swasta (Rujuk Appendix IV). Pekerja asing pada masa ini dikenakan kadar kelas pertama. Jika cadangan Menteri Kesihatan dilaksanakan, caj terhadap mereka akan meningkat tiga kali ganda!

Dalam sessi perbincangan yang diadakan oleh GMPPK pada bulan Disember 2005 di Universiti Malaya, beberapa peserta telah membantah cadangan meningkatkan caj rawatan terhadap pekerja asing. Antara sebab yang dikemukakan adalah:

i. Pekerja asing sedang menyumbang ke pembangunan ekonomi negara kita. Oleh itu adalah adil mereka juga dapat menikmati sedikit daripada kekayaan negara ini.

ii. Pekerja asing merupakan satu lapisan masyarakat berpendapatan rendah yang tidak berkuasa dan mudah ditekan. Suatu masyarakat yang penyayang harus memberi perlindungan yang sempurna pada lapisan seperti ini.

iii. Jika caj rawatan adalah tinggi, pekerja asing akan cuba mengelak daripada datang mendapat rawatan, kerana mahu cuba rawat diri sendiri untuk mengelak daripada membayar. Kelambatan dalam mendapat rawatan akanmenjejaskan kesihatan rakyat Malaysia sekiranya pekerja asing itu
mengidap penyakit berjangkit seperti TB, malaria atau typhoid.

iv. Ikut kenyataan Datuk Abdul Rahman Bakar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, di Parlimen, negara kita sedang mengutip levy sebanyak RM1.8 bilion setahun daripada kaum pekerja asing (Sila rujuk Appendix IV)

Syor GMPPK

Membatalkan cadangan meningkatkan lagi caj terhadap pekerja asing di hospital kerajaan. Kerajaan harus memakai sebahagian daripada duit levy yang dikutip untuk mensubsidikan kos rawatan pekerja asing di hospital kerajaan.

Sekali lagi pihak GMPPK ingin mengucap terima kasih pada Ketua Pengarah Kesihatan atas kesudian beliau berjumpa dan berdialog dengan kami. Kami harap proses berdialog akan diteruskan dan segala pemindahan ke sistem kesihatan awam akan diberitahu pada masyarakat awam dan dibincang sebelum diputuskan.

Dr Subramaniam Pillay
Pengerusi GMPPK


Syed Sharir
Presiden MTUC

----------------
Appendix I

Keratan akhbar 8/1/06 dan 23/1/06


Appendix II

Surat GMPPK bertarikh 4/5/05 & 21/6/05

Jawapan KKM bertarikh 25/5/05

Keratan Akhbar 26/4/05 & The Star 14/12/05

Surat EPU bertarikh 24/1/06


Appendix III

The Peoples Proposal.


Appendix IV

Keratan akhbar 23/10/05

Keratan akhbar Star 28/10/05.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home